Bersama kami meneroka potensi dan membina masa depan
Sokongan untuk Ibu Bapa & Anak-anak dengan Kesukaran Pembelajaran Spesifik (KPS), homeschooling dan pembelajaran sepanjang hayat
Anak anda sukar mengikuti pelajaran di sekolah?Mungkin anak anda mengalami Kesukaran Pembelajaran Spesifik (KPS) dan memerlukan pendekatan yang berbeza. Sebagai ibu bapa prihatin, anda pasti mahu membantu anak anda belajar dengan lebih baik dan melihat mereka berjaya mengikut cara mereka sendiri. Lakukan saringan awal secara percuma di Akademi Zaitun Ismail. Ini langkah pertama untuk memahami anak anda – dan mula membimbing mereka ke arah kejayaan.
Anda mempunyai anak dengan Kesukaran Pembelajaran Spesifik (KPS)?
Sertai Program bimbingan ibu bapa kami yang dirancang khusus untuk ibu bapa prihatin dengan anak-anak yang mempunyai masalah pembelajaran dan menghadapi kesukaran mengikuti pembelajaran di sekolah aliran perdana.
Anda ingin menjalankan intervensi pendidikan di rumah atau homeschooling untuk anak dengan Kesukaran Pembelajaran Spesifik (KPS) dan perlukan sokongan?
Sertai program keahlian Program Intervensi AZI untuk akses kepada kurikulum, modul pembelajaran dan penilaian, forum ibu bapa dan sesi perjumpaan bulanan (online) dan dapatkan sokongan berterusan melalui komuniti homeschooling kami.
Anda ingin meneroka potensi diri dan tingkatkan kualiti kehidupan anda?
Dapatkan pelbagai jenis kelas online dan ebooks untuk meneroka potensi diri sendiri dan menjadikan kehidupan anda dan keluarga lebih gembira, sejahtera dan bermakna.
Mari kita baca apa kata pakar tentang penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak dengan masalah pembelajaran, pembelajaran di rumah dan pembelajaran sepanjang hayat
Penglibatan aktif ibu bapa dalam pendidikan anak-anak dengan Kesukaran Pembelajaran Spesifik (KPS) sangat penting. Kajian menunjukkan bahawa sokongan berterusan dari ibu bapa dapat meningkatkan pencapaian akademik dan kesejahteraan emosi anak-anak KPS. Ibu bapa yang terlibat secara aktif membantu anak-anak mereka mengatasi cabaran pembelajaran dengan lebih berkesan.
Epstein, J. L. (2001). School, Family, and Community Partnerships: Preparing Educators and Improving Schools. Westview Press.
Homeschooling memberikan fleksibiliti dalam pendekatan pembelajaran, membolehkan penyesuaian mengikut keperluan individu anak-anak KPS. Pendekatan ini membolehkan anak-anak belajar dalam persekitaran yang lebih selesa dan mengurangkan tekanan yang mungkin mereka hadapi di sekolah tradisional.
Ray, B. D. (2017). A Review of Research on Homeschooling and What Might Educators Learn? Pro-Posições, 28(2), 85-103.
Program intervensi awal yang melibatkan ibu bapa secara aktif telah terbukti meningkatkan hasil pembelajaran bagi anak-anak KPS. Pendekatan yang berfokus kepada kekuatan individu dan sokongan berterusan dari komuniti pendidikan dapat membantu anak-anak ini mencapai kejayaan yang lebih besar.
Turnbull, A., Turnbull, R., & Wehmeyer, M. L. (2010). Exceptional Lives: Special Education in Today’s Schools. Pearson.
Pembelajaran sepanjang hayat memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti hidup individu. Ia membantu dalam pembangunan peribadi, peningkatan kemahiran, dan penyesuaian kepada perubahan dalam kehidupan.
Field, J. (2009). Lifelong Learning and the New Educational Order. Trentham Books.
Tekan butang pada setiap program untuk keterangan lanjut.
Program bimbingan (coaching) selama 9 minggu untuk ibu bapa yang berhasrat untuk membantu anak-anak dengan Kesukaran Pembelajaran Spesifik (KPS)(samada secara homeschooling atau sebagai sokongan pembelajaran di sekolah). Program ini juga amat berguna sebagai persediaan untuk ibu bapa yang ingin menjadi ahli Program Intervensi KPS AZI.
Program ini adalah untuk ibu bapa yang ingin menjalankan pendidikan di rumah (homeschooling) bagi anak-anak SLD atau pembelajaran di rumah sebagai sokongan kepada pembelajaran di sekolah dan untuk ibu bapa yang ingin menjalankan pembelajaran di rumah sebagai sokongan pembelajaran di sekolah aliran perdana.
Pembelajaran tidak terhenti apabila tamat persekolahan. Pembelajaran sepanjang hayat membuka pintu bagi individu yang ingin terus menambah ilmu melalui pembacaan buku atau mengikuti kelas-kelas yang meliputi pelbagai topik seperti gaya hidup, kesihatan dan pembangunan diri (self help). Samada sebagai perkembangan diri sendiri atau sebagai pemangkin untuk kehidupan yang lebih berkualiti dan bermakna, kami mempunyai pelbagai pilihan buku (ebooks) dan kelas pendek. Pilihan di tangan anda.
Bergantung kepada program pilihan. Program bimbingan ibu bapa adalah sesuai untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak dengan masalah pembelajaran spesifik dan ingin mendidik sendiri anak-anak mereka disebabkan cabaran pembelajaran di sekolah. Program pembelajaran dirumah (homeschooling) boleh juga digunakan sebagai sokongan pembelajaran di sekolah untuk aliran perdana dan pendidikan khas.
Untuk program bimbingan intervensi, bayaran hanya dikenakan sekali. Proram pembelajaran di rumah asalah merupakan program keahlian (membership). Bayaran dikenakan sebulan sekali. Pembelajaran sepanjang hayat mengikut pilihan kelas dan ebook.
Kami menggunakan kombinasi pendekatan projek dan kecerdasan pelbagai untuk memastikan anak-anak bermotivasi dan dapat menjalankan pembelajaran dengan berkesan. Pembelajaran yang berkesan akan menghasilkan pemahaman jangka panjang. Kami juga menerapkan pemikiran kreatif dan kritis merentas kurikulum.
Proram kami bukan program tuisyen dan tidak berfungsi seabagai program tuisyen. Kurikulum kami berbeza dan dirangka khas untuk mengembangkan potensi anak-anak terutama yang sukar untuk menyesuaikan diri dan belajar dengan baik di sekolah, bukan hanya mencapai gred tertentu di sekolah. Hasrat kami supaya anak-anak seronok dan bermotivasi untuk belajar.